KEPENTINGAN AMALAN GOTONG-ROYONG
Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk Negara
pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di
Malaysia adalah masyarakat yang berbilang kaum. Maka, harus ada satu aktiviti
yang berfaedah bagi merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak
dinafikan bahawa gotong royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif.
Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan,
longkang, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang kuat dalam diri
setiap masyarakat berbilang kaum. Gotong royong merapatkan ahli masyarakat
kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah malahan di
pejabat. Rasa kekitaan, prihatin, penyayang sesama individu dalam masyarakat
akan membantu hasrat kerajaan untuk Negara mara lebih ke depan dalam era
globalisasi ini. Ini berdasarkan kesan positif gotong royong yang sebenarmya
membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah
dan kecurian, lebih-lebih lagi gotong royong melibatkan penglibatan menyeluruh
ahli masyarakat.
Bak kata pepatah melayu, ‘berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing’. Demikian juga tentang kerja gotong royong ini. Semua
orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya dan juga belanjanya
akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan bersama-sama. Itulah
prinsip gotong royong. Contohnya, jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana
sampah, mereka akan bekerjasama membersihkannya dan tidak perlu membuang masa
dan wang mengupah orang lain membersihkan atau terpaksa menanggungbelanja
perubat kerana sakit akibat kesan jangka panjang daripada longgokkan sampah
yang tidak sempurna diuruskan itu.
Selain itu, amalan gotong-royong juga dapat
menjumatkan masa dan tenaga. Kerja yang dilakukan akan megambil masa yang lebih
singkat jika dilakukan secara gotong-royong. Contohnya, gotong-royong dalam
membersihkan kawasan perumahan atau sekolah. Apabila kerja yang kita lakukan
bersama, secara tidak langsung kita dapat menjimatkan masa dan tenaga.
Akhir sekali,
aktiviti gotong-royong juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan
kita. Amalan nilai-nilai murni ini amat penting dalam mewujudkan sesebuah
masyarakat yang bertanggungjawab. Antara nilai-nilai murni yang dapat dipupuk
dalam aktiviti gotong-royong ialah bekerjasama, bertolak-ansur dan kejiranan.
Selain itu, amalan bergotong-royong juga dapat memupuk sikap keprihatinan dalam
masyarakat.