Sunday, July 29, 2018

SEBAB SEBAB AMALAN GOTONG ROYONG SEMAKIN PUDAR

SEBAB SEBAB AMALAN GOTONG ROYONG SEMAKIN PUDAR

  
          “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Itulah peribahasa Melayu yang seringkali diungkap oleh neenek moyang kita. Namun demikian, peribahasa ini seakan-akan sudah diluput dek zaman. Semangat gotong-royong yang diamalkan oleh nenek moyang kita semakin berkurangan dan tidak bermaya. Apakah punca-punca yang menyebabkan masyarakat sekarang meningglkan amalan tradisi ini?

           Sebelum menganalisis faktor-faktor yang mendorong masyarakat sekarang kurang mengamalkan semangat gotong-royong, mari kita mentakrifkan perkataan ‘gotong-royong’. Gotong-royong boleh ditakrifkan sebagai perbuatan tolong-menolong antara satu sama lain atau kerja bersama-sama. Semangat gotong-royong ini merupakan aktiviti masyarakat yang tinggi nilainya. Individu yang masih mengamalkan aktiviti ini sanggup mengorbankan dirinya demi masyarakat. Walaupun aktiviti itu mulia dari segi nilai, semangat gotong-royong ini agak berkurangan di dalam masyarakat sekarang Kenapa hal ini berlaku?


            Salah satu faktor yang menyebabkan masyarakat kita kurang mengamalakan gotong royong ialah kekurangan masa. Iaitu masa itu penting dalam kehidupan seharian. Ini kerana ramai  menghabiskan sebahagian besar dari masanya bekerja untuk mencari rezeki. Jika mereka tidak mengejar masa, mereka sendiri akan rugi. Ini kerana persaingan di semua negara amat sengit. Oleh kerana masyarakat kita mahu memetingkan masa, nilai gotong-royong yang selama ini menjadi kebanggaan mereka akan diabaikan. Ini kerana kegiatan bergotong-royong ini memerlukan banyak masa. Contohnya, membuat kuih secara beramai-ramai. Membuat kuih raya secara beramai-ramai ini mengambil masa yang banyak. Oleh itu, tidak ramai orang mengamalkan gotong-royong kerana kesempitan masa. Pada mereka, banyak lagi aktiviti-aktiviti lain berfaedah yang harus diamalkan dalam masa yang sempit.

   
          Selain daripada itu, bantuan teknologi juga mendorong masyarakat kita kurang mengamalkan gotong-royong. Dengan bantuan teknologi, setiap aktiviti atau pekerjaan boleh dilakukan secara ringkas dan mudah. Jika masyarakat dahulu menggunakan tenaga manusia untuk menebas hutan, kini mereka hanya memerlukan jentolak. Jika dahulu kita menggunakan khidmat kendarat untuk menghidangkan makanan di majlis perkahwinan, kini mereka menggunakan cara buffet.


        Selanjutnya, cara bekerja juga mendorong masyarakat kita kurang mangamalkan semangat gotong-royong. Kini masyarakat dipengarauhi oleh budaya kapitalisme. Budaya ini mementingkan kebendaan, bayaran dan ganjaran. Oleh itu, setiap pekerjaan yang dibuat haruslah diberi ganjaran. Nilai ini bertentangan dengan nialai gotong-royong. Nilai gotong-royong ini menggalakkan seseorang itu berkorban masa dan tenaga dengan tujuan membantu dan beramal. Namun demikian, masa dan keadaan tidak menggalakkan masyarakat untuk bergotong-royong.


       Seturusnya, persepsi hidup generasi muda juga mematikan semangat gotong-royong. Persepsi hidup generasi muda kini terpengaruh dengan budaya di sekolah yang mengmalakan meritokrasi. Mereka lebih gemar berdikari dan tidak suka menolong orang lain kerana persaingan. Ini secara tidak langsung mematikan semangat gotong-royong.


       Akhir sekali, jumlah masyarakat yang berkelompok semakin berkurangan. Ditambah pula dengan mayarakat yang hidup berjauhan dengan saudara-mara. Oleh itu, tidak mudah bagi mereka untuk mengamalkan aktiviti gotong-royong seperti kenduri dan majlis persandingan. Struktur perumahan juga sempit dan terhad. Ia tidak dapat menampung ramai orang untuk mengadakan kegiatan gotong-royong di dalam sesuatu masa yang singkat

3 comments: