USAHA-USAHA MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM
MELALUI AKTIVITI GOTONG ROYONG
Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha
berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak.
Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat,
nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara
amnya. Perpaduan
antara masyarakat haruslah kukuh untuk membolehkan negara pergi lebih jauh
dalam dunia moden kini. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia terdiri daripada
masyarakat berbilang kaum. Maka, harus ada satu usaha yang berguna untuk
merapatkan hubungan silaturaahim antara kaum itu.
Antara usaha yang boleh dilakukan dalam untuk
mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan
aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan peluang
kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali
antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat
bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat
kediaman mereka sesuai dengan slogan “Negara Bersih Rakyat Sihat”.
Sebagai
contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah kerja-kerja
membersihkan kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan
sebagainya. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta
memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasa yang berat sama
dipikul, yang ringan sama dijinjing serta ke bukit sama di daki, ke lurah sama
dituruni.
Intihanya,
semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga perpaduan
masyarakat di negara kita. Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta
memandang enteng akan perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal untuk
selama-lamanya kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan tindakan
buruk padahnya. Kini, kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi.
Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah
masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi
dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih
berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif
oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasional
akan tercapai.
No comments:
Post a Comment