DEFINISI
GOTONG-ROYONG
Gotong royong dapat diartikan sebagai
sesuatu sikap ataupun kegiatan yang dilakukan oleh anggota masyarakat secara
kerjasama dan tolong menolong dalam menyelesaikan pekerjaan mahupun masalah
dengan sukarela. Sikap gotong royong ini telah melekat pada diri masyarakat dan
merupakan kebiasaan turun temurun dari nenek moyang. Sikap gotong royong ini
sangat penting sekali untuk memperlancarkan pembangunan yang berguna bagi
kesejahteraan masyarakat. Gotong royong adalah aktiviti berkumpulan atau
bersama-sama secara sukarela. Amalan ini telah diprakltikan dan di warisi sejak
zaman berzaman. Tetapi amalan ini kian dilupakan oleh generasi alaf baru yang
hanyut dengan keseronokan dan keselesaan yang tiada batasan. Berapa peratus
golongan muda yang mengetahui maksud gotong royong dan mengamalkannya dalam
kehidupan seharian. Aktiviti gotong royong ini sebenarnya dapat menjalinkan dan
memperkukuhkan semangat kejiranan. Kehidupan masyarakat sekarang kebanyakannya
bertunjangkan meterialistik dan individualistik sehingga tidak mempunyai masa
untuk mengenali dan berbual-bual dengan jiran masing-masing. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran-jiran
tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama akan bersama-sama menjalankan aktiviti
yang sama.
Manakala,
perpaduan bermaksud satu keadaan dimana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik,
agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan
memberi komitmen yang penuh keada identiti kebangsaan berlandaskan kepada
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Kaum bermaksud budaya dan bangsa
yang ibawa oleh individu. Manakala Integriti Nasional adalah satu proses
dinamik untuk merapatkan masyrakatnegeri-negeri dalam Malaysia khususnya
diantara negeri-negeri di Semenanjung dengan negeri Sabah
dan Sarawak untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya
sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
No comments:
Post a Comment