KESIMPULAN
Kesimpulannya, aktiviti bergotong
royong ini amat penting dan perlu dalam mengeratkan hubungan silaturrahim
antara kaum. Lebih-lebih lagi serperti negara Malaysia yang mempunyai pelbagai
jenis kaum dan etnik yang hidup bersama sejak zaman dahulu kala lagi. Dengan
terjalinnya hubungan silaturrahim yang kukuh ini, negara kita akan lebih aman,
lebih mengambil berat antara satu sama lain dan perpaduan juga akan menjadi
lebih kukuh.
Saranan kami suapaya ibu bapa sewajarnya
menanamkan amalan gotong-royong kepada anak-anak sejak di bangku sekolah lagi.
Selain itu ibu bapa juga mestilah lebih mempamerkan teladan yang baik terhadap
anak-anak mereka. Anggota keluarga juga perlu memainkan peranan menggalakkan
anak-anak mendekatkan diri dengan aktiviti gotong-royong. Peranan guru pula
disamping tugas hakiki mendidik anak bangsa, seharusnya sentiasa memberikan
nasihat dan tunjuk ajar tentang kelebihan gotong-royong. Seterusnya,
Kementerian Pelajaran melalui pihak sekolah mestilah memperbanyak aktiviti yang
mendorong pelajar menjalankan aktiviti gotong-royong.
Disamping itu, masyarakat sekeliling sentiasa
perlu menyokong segala program yang diatur untuk tujuan tersebut di samping menjadi
cerminan kepada golongan pelajar. Tidak ketinggalan juga peranan media massa
amat penting untuk menyebarkan maklumat tentang kepentingan gotong-royong
kepada golongan pelajar melalui kempen-kempen yang berkesan. Golongan pelajar
juga perlu sedar betapa berfaedahnya amalan gotong-royong ini jika sentiasa
diutamakan
Akhir sekali, jelas dan teranglah matlamat
pihak kerajaan yang selama ini mengadakan pelbagai aktiviti dan program-program
bagi memupuk hubungan silaturrahim antara kaum. Terutamanya program-program
bagi pelajar-pelajar yang masih di bangku sekolah lagi. Ini kerana amalan ini
perlu disemai sejak dari awal lagi supaya kesannya akan cepat terlihat suatu
hari kela.
No comments:
Post a Comment