KEBAIKAN AMALAN GOTONG ROYONG
Kebaikan
pertama amalan gotong-royong ialah dapat memudahkan kerja. Kerja yang berat,
kalau dilakukan beramai-ramai, pastinya akan menjadi lebih mudah. Contohnya di
kampung, majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dibuat secara
gotong-royong. Sehari sebelum majlis perkahwinan berlangsung gotong-royong yang
dinamakan `rewang' diadakan. Penduduk kampung akan datang beramai-ramai bagi
membantu memasang khemah dan memasak untuk majlis perkahwinan. Gotong-royong
begini pastinya akan memudahkan kerja-kerja yang dilakukan. Amalan
gotong-royong juga akan membolehkan kita menjimatkan masa dan tenaga. Sebagai
contoh, jika kerja membersihkan dan menceriakan sesuatu kawasan sekolah,
dilakukan oleh seorang pekerja, maka masa yang diperlukan mungkin selama
beberapa minggu. Namun demikian jika ia dlakukan secara gotong-royong masa yang
diperlukan hanyalah satu hari sahaja. Oleh itu, jelaslah bahawa program
gotong-royong membolehkan kita menjimatkan masa dan tenaga.
Selain
itu, amalan gotong-royong juga membolehkan kita menjimatkan wang. Misalnya
dalam hal menyediakan makanan semasa hari perkahwinan, dijalankan secara
gotong-royong, pasti kita dapat menjimatkan wang. Tetapi, jika makanan tersebut
ditempah daripada syarikat yang menyediakan makanan, belanja yang perlu
dikeluarkan adalah lebih tinggi. Begitu juga dengan aktiviti kemasyarakatan
yang lain seperti membina tempat menunggu bas kosnya akan lebih rendah jika
dijalankan secara gotong-royong
Kebaikan
seterusnya gotong-royong ialah dapat mewujudkan persefahaman dan kemesraan di
kalangan anggota masyarakat. Amalan gotong-royong juga akan mewujudkan suasana
hormat-menghormati. Contoh amalan gotong-royong ialah mengadakan sambutan hari
perayaan peringkat kampung. Pada hari itu setiap keluarga akan membawa juadah
masing-masing dan mereka akan bertukar-tukar juadah semasa jamuan diadakan.
Keadaan itu pastinya menyumbang suasana harmoni.
Aktiviti
gotong-royong juga boleh membawa kepada wujudnya perpaduan di kalangan
masyarakat berbilang kaum di negara kita. Justeru, banyak program yang telah disusun
dan dilaksanakan oleh kerajaan. Antara program tersebut ialah Sambutan Bulan
Kemerdekaan dan pogram Rumah Terbuka Rakyat Malaysia. Amalan gotong-royong ini
adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu
padu. Masyarakat yang bersatu padu dan aman membolehkan negara kita menjadi
sebuah negara maju.
No comments:
Post a Comment