SEBAB SEBAB AMALAN GOTONG ROYONG SEMAKIN PUDAR
“Berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Itulah peribahasa Melayu yang seringkali
diungkap oleh neenek moyang kita. Namun demikian, peribahasa ini seakan-akan
sudah diluput dek zaman. Semangat gotong-royong yang diamalkan oleh nenek
moyang kita semakin berkurangan dan tidak bermaya. Apakah punca-punca yang
menyebabkan masyarakat sekarang meningglkan amalan tradisi ini?
Sebelum
menganalisis faktor-faktor yang mendorong masyarakat sekarang kurang
mengamalkan semangat gotong-royong, mari kita mentakrifkan perkataan
‘gotong-royong’. Gotong-royong boleh ditakrifkan sebagai perbuatan
tolong-menolong antara satu sama lain atau kerja bersama-sama. Semangat
gotong-royong ini merupakan aktiviti masyarakat yang tinggi nilainya. Individu
yang masih mengamalkan aktiviti ini sanggup mengorbankan dirinya demi
masyarakat. Walaupun aktiviti itu mulia dari segi nilai, semangat gotong-royong
ini agak berkurangan di dalam masyarakat sekarang Kenapa hal ini berlaku?
Salah satu faktor yang menyebabkan
masyarakat kita kurang mengamalakan gotong royong ialah kekurangan masa. Iaitu
masa itu penting dalam kehidupan seharian. Ini kerana ramai menghabiskan sebahagian besar dari masanya
bekerja untuk mencari rezeki. Jika mereka tidak mengejar masa, mereka sendiri
akan rugi. Ini kerana persaingan di semua negara amat sengit. Oleh kerana
masyarakat kita mahu memetingkan masa, nilai gotong-royong yang selama ini
menjadi kebanggaan mereka akan diabaikan. Ini kerana kegiatan bergotong-royong
ini memerlukan banyak masa. Contohnya, membuat kuih secara beramai-ramai.
Membuat kuih raya secara beramai-ramai ini mengambil masa yang banyak. Oleh itu,
tidak ramai orang mengamalkan gotong-royong kerana kesempitan masa. Pada
mereka, banyak lagi aktiviti-aktiviti lain berfaedah yang harus diamalkan dalam
masa yang sempit.
Selain daripada itu, bantuan
teknologi juga mendorong masyarakat kita kurang mengamalkan gotong-royong.
Dengan bantuan teknologi, setiap aktiviti atau pekerjaan boleh dilakukan secara
ringkas dan mudah. Jika masyarakat dahulu menggunakan tenaga manusia untuk
menebas hutan, kini mereka hanya memerlukan jentolak. Jika dahulu kita
menggunakan khidmat kendarat untuk menghidangkan makanan di majlis perkahwinan,
kini mereka menggunakan cara buffet.
Selanjutnya, cara bekerja juga mendorong
masyarakat kita kurang mangamalkan semangat gotong-royong. Kini masyarakat
dipengarauhi oleh budaya kapitalisme. Budaya ini mementingkan kebendaan,
bayaran dan ganjaran. Oleh itu, setiap pekerjaan yang dibuat haruslah diberi
ganjaran. Nilai ini bertentangan dengan nialai gotong-royong. Nilai
gotong-royong ini menggalakkan seseorang itu berkorban masa dan tenaga dengan
tujuan membantu dan beramal. Namun demikian, masa dan keadaan tidak
menggalakkan masyarakat untuk bergotong-royong.
Seturusnya, persepsi hidup generasi muda
juga mematikan semangat gotong-royong. Persepsi hidup generasi muda kini
terpengaruh dengan budaya di sekolah yang mengmalakan meritokrasi. Mereka lebih
gemar berdikari dan tidak suka menolong orang lain kerana persaingan. Ini
secara tidak langsung mematikan semangat gotong-royong.
Akhir sekali, jumlah masyarakat yang
berkelompok semakin berkurangan. Ditambah pula dengan mayarakat yang hidup
berjauhan dengan saudara-mara. Oleh itu, tidak mudah bagi mereka untuk
mengamalkan aktiviti gotong-royong seperti kenduri dan majlis persandingan.
Struktur perumahan juga sempit dan terhad. Ia tidak dapat menampung ramai orang
untuk mengadakan kegiatan gotong-royong di dalam sesuatu masa yang singkat