Sunday, July 29, 2018

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM




    KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
  (DUA 6022)
    SESI 2018


AMALAN GOTONG ROYONG DAPAT MEWUJUDKAN-MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM DI KALANGAN KAUM


TENAGA PENGAJAR:
PUAN WAN RUSWANI BINTI WAN ABDULLAH

NAMA AHLI KUMPULAN:
DARSHAN A/L KUMMAR
02DKM16F1009
SUBESH A/L KAILASAM
02DKM16F1174
MUHHAMAD FADHIL BIN MOHD SHAHRUL NIZAM
02DKM16F1016
MUHAMMAD FAIZ BIN MOHD ROZI
02DKM16F1028

PENGENALAN

PENGENALAN


Gotong royong adalah aktiviti berkumpulan atau bersama-sama secara sukarela. Amalan ini telah di warisi sejak zaman berzaman. Tetapi amalan ini kian dilupakan oleh generasi alaf baru yang hanyut dengan keseronokan dan keselesaan yang tiada batasan. Berapa peratus golongan muda yang mengetahui maksud gotong royong dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Aktiviti gotong royong ini sebenarnya dapat menjalinkan dan memperkukuhkan semangat kejiranan dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Kehidupan masyarakat sekarang kebanyakannya bertunjangkan meterialistik dan individualistik sehingga tidak mempunyai masa untuk mengenali dan berbual-bual dengan jiran masing-masing.  Melalui aktiviti gotong-royong, jiran-jiran tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama akan bersama-sama menjalankan aktiviti yang sama.

Bergotong royong juga boleh memperindahkan tempat tinggal dan kawasan persekitaran menjadi bersih. Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar indah khabar daripada rupa. Amalan gotong royong juga dapat membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi sarang pelbagai penyakit seperti aedes.

Kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan dan dipupuk sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi. Amalan ini juga boleh dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di kawasan tempat tinggal.

Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum amat penting di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan terjalin secara langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya, dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan maju.

Dalam semua agama juga turut mementingkan kebersihan kerana kebersihan juga adalah salah satu lambang seseorang. Kebersihan itu sebahagian daripada iman sudah menjadi tema kebersihan bagi setiap orang sama ada disedari ataupun tidak. Oleh itu, sebagai manusia kita sepatutnya menyertai aktiviti gotong-royong ini supaya alam sekitar sentiasa terpelihara.

OBJEKTIF KAJIAN


  1. Mengeratkan perpaduan sesama kaum
  2. Mempercepat dan memudahkan sesuatu kerja 
  3. Memperkukuh semangat antara kaum
  4. Memupuk nilai positif dalam diri kita
  5. Mengeratkan hubungan antara satu sama lain

Image result for gotong royong images CARTOON

DEFINISI GOTONG ROYONG


DEFINISI GOTONG-ROYONG


Gotong royong dapat diartikan sebagai sesuatu sikap ataupun kegiatan yang dilakukan oleh anggota masyarakat secara kerjasama dan tolong menolong dalam menyelesaikan pekerjaan mahupun masalah dengan sukarela. Sikap gotong royong ini telah melekat pada diri masyarakat dan merupakan kebiasaan turun temurun dari nenek moyang. Sikap gotong royong ini sangat penting sekali untuk memperlancarkan pembangunan yang berguna bagi kesejahteraan masyarakat. Gotong royong adalah aktiviti berkumpulan atau bersama-sama secara sukarela. Amalan ini telah diprakltikan dan di warisi sejak zaman berzaman. Tetapi amalan ini kian dilupakan oleh generasi alaf baru yang hanyut dengan keseronokan dan keselesaan yang tiada batasan. Berapa peratus golongan muda yang mengetahui maksud gotong royong dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Aktiviti gotong royong ini sebenarnya dapat menjalinkan dan memperkukuhkan semangat kejiranan. Kehidupan masyarakat sekarang kebanyakannya bertunjangkan meterialistik dan individualistik sehingga tidak mempunyai masa untuk mengenali dan berbual-bual dengan jiran masing-masing.  Melalui aktiviti gotong-royong, jiran-jiran tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama akan bersama-sama menjalankan aktiviti yang sama.


 Manakala, perpaduan bermaksud satu keadaan dimana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh keada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Kaum bermaksud budaya dan bangsa yang ibawa oleh individu. Manakala Integriti Nasional adalah satu proses dinamik untuk merapatkan masyrakatnegeri-negeri dalam Malaysia khususnya diantara negeri-negeri di Semenanjung dengan negeri Sabah dan Sarawak untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. 




KEPENTINGAN AMALAN GOTONG ROYONG

KEPENTINGAN AMALAN GOTONG-ROYONG


Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk Negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia adalah masyarakat yang berbilang kaum. Maka, harus ada satu aktiviti yang berfaedah bagi merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak dinafikan bahawa gotong royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif. Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan, longkang, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang kuat dalam diri setiap masyarakat berbilang kaum. Gotong royong merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah malahan di pejabat. Rasa kekitaan, prihatin, penyayang sesama individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk Negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini. Ini berdasarkan kesan positif gotong royong yang sebenarmya membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian, lebih-lebih lagi gotong royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.

             Bak kata pepatah melayu, ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’. Demikian juga tentang kerja gotong royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya dan juga belanjanya akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan bersama-sama. Itulah prinsip gotong royong. Contohnya, jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana sampah, mereka akan bekerjasama membersihkannya dan tidak perlu membuang masa dan wang mengupah orang lain membersihkan atau terpaksa menanggungbelanja perubat kerana sakit akibat kesan jangka panjang daripada longgokkan sampah yang tidak sempurna diuruskan itu.

Selain itu, amalan gotong-royong juga dapat menjumatkan masa dan tenaga. Kerja yang dilakukan akan megambil masa yang lebih singkat jika dilakukan secara gotong-royong. Contohnya, gotong-royong dalam membersihkan kawasan perumahan atau sekolah. Apabila kerja yang kita lakukan bersama, secara tidak langsung kita dapat menjimatkan masa dan tenaga.

 Akhir sekali, aktiviti gotong-royong juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan kita. Amalan nilai-nilai murni ini amat penting dalam mewujudkan sesebuah masyarakat yang bertanggungjawab. Antara nilai-nilai murni yang dapat dipupuk dalam aktiviti gotong-royong ialah bekerjasama, bertolak-ansur dan kejiranan. Selain itu, amalan bergotong-royong juga dapat memupuk sikap keprihatinan dalam masyarakat.



  



LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN MELALUI AKTIVITI GOTONG ROYONG

LANGKAH –LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN MELALUI AKTIVITI GOTONG ROYONG


     Kita tidak dapat menafikan bahawa banyak kebaikan yang diperoleh oleh masyarakat daripada amalan bergotong-royong. Menyedari hal ini, kerajaan berusaha untuk menanam kembali amalan ini dalam kalangan masyarakat. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk menarik perhatian dan minat masyarakat terhadap amalan bergotong-royong. Antaranya ialah melaksanakan kempen dengan berkesan. Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan bergotong-royong serta sebagai rangsangan untuk melibatkan masyarakat dalam amalan ini. Untuk memastikan kempen ini benar-benar berjaya, peranan media massa dan media cetak sangat penting. Media elektronik boleh menghebahkan kempen ini di dalam televisyen, radio dan suratkhabar agar masyarakat terdedah dengan maklumat tersebut secara meluas. Walaupun kempen seperti ‘cintailah sungai kita’ dan ‘jom ganyang aedes’ merupakan aspek kesihatan dan alam sekitar tetapi kempen ini secara tidak langsung menuntut masyarakat untuk bergotong-royong. Contohnya, kempen ‘jom ganyang aedes’ memerlukan masyarakat untuk bergotong-royong membersihkan kawasan tempat pembiakan aedes iaitu di longkang atau daun-daun kering di sekitar kawasan rumah. Kempen-kempen tersebut dilihat berkesan kerana masyarakat mula berjinak-jinak dengan amalan tersebut di samping untuk menjaga kebersihan. Kejayaan kempen ini terhasil di atas kerjasama media elektronik dan juga kerajaan seperti bak kata pepatah ‘yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing’ yang akhirnya membuahkan hasil.



       Seterusnya, langkah yang lain untuk menanam nilai ini dalam diri masyarakat ialah penglibatan dari badan bukan kerajaan(NGO) dengan lebih giat. Badan NGO boleh turun padang untuk membantu kerajaan menarik minat masyarakat dalam amalan gotong-royong. Untuk merealisasikan harapan kerajaan mewujudkan masyarakat bergotong-royong, syarikat swasta boleh menganjurkan pertandingan kampung tercantik dengan ganjaran lumayan kepada pemenang. Dengan cara itu, masyarakat lebih tertarik untuk menyertainya dan mula bergotong-royong mencantikkan kawasan perkampungan. Perlibatan badan NGO yang lebih giat dan aktif dapat menunjukkan kepada masyarakat betapa pentingnya amalan tersebut dalam kehidupan komuniti. Melalui itu, masyarakat diharapkan mendapat mesej yang dibawa oleh kerajaan untuk mempergiat amalan ini.


KEBAIKAN AMALAN GOTONG ROYONG

KEBAIKAN AMALAN GOTONG ROYONG


Kebaikan pertama amalan gotong-royong ialah dapat memudahkan kerja. Kerja yang berat, kalau dilakukan beramai-ramai, pastinya akan menjadi lebih mudah. Contohnya di kampung, majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dibuat secara gotong-royong. Sehari sebelum majlis perkahwinan berlangsung gotong-royong yang dinamakan `rewang' diadakan. Penduduk kampung akan datang beramai-ramai bagi membantu memasang khemah dan memasak untuk majlis perkahwinan. Gotong-royong begini pastinya akan memudahkan kerja-kerja yang dilakukan. Amalan gotong-royong juga akan membolehkan kita menjimatkan masa dan tenaga. Sebagai contoh, jika kerja membersihkan dan menceriakan sesuatu kawasan sekolah, dilakukan oleh seorang pekerja, maka masa yang diperlukan mungkin selama beberapa minggu. Namun demikian jika ia dlakukan secara gotong-royong masa yang diperlukan hanyalah satu hari sahaja. Oleh itu, jelaslah bahawa program gotong-royong membolehkan kita menjimatkan masa dan tenaga.

Selain itu, amalan gotong-royong juga membolehkan kita menjimatkan wang. Misalnya dalam hal menyediakan makanan semasa hari perkahwinan, dijalankan secara gotong-royong, pasti kita dapat menjimatkan wang. Tetapi, jika makanan tersebut ditempah daripada syarikat yang menyediakan makanan, belanja yang perlu dikeluarkan adalah lebih tinggi. Begitu juga dengan aktiviti kemasyarakatan yang lain seperti membina tempat menunggu bas kosnya akan lebih rendah jika dijalankan secara gotong-royong

Kebaikan seterusnya gotong-royong ialah dapat mewujudkan persefahaman dan kemesraan di kalangan anggota masyarakat. Amalan gotong-royong juga akan mewujudkan suasana hormat-menghormati. Contoh amalan gotong-royong ialah mengadakan sambutan hari perayaan peringkat kampung. Pada hari itu setiap keluarga akan membawa juadah masing-masing dan mereka akan bertukar-tukar juadah semasa jamuan diadakan. Keadaan itu pastinya menyumbang suasana harmoni.

Aktiviti gotong-royong juga boleh membawa kepada wujudnya perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Justeru, banyak program yang telah disusun dan dilaksanakan oleh kerajaan. Antara program tersebut ialah Sambutan Bulan Kemerdekaan dan pogram Rumah Terbuka Rakyat Malaysia. Amalan gotong-royong ini adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Masyarakat yang bersatu padu dan aman membolehkan negara kita menjadi sebuah negara maju.


CONTOH-CONTOH GOTONG ROYONG

        CONTOH – CONTOH GOTONG ROYONG





                                                      https://youtu.be/N4nZfX5_040





Image result for LINK YOUTUBE IMAGES



USAHA-USAHA MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM MELALUI AKTIVITI GOTONG ROYONG

USAHA-USAHA MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM MELALUI AKTIVITI GOTONG ROYONG

 Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Perpaduan antara masyarakat haruslah kukuh untuk membolehkan negara pergi lebih jauh dalam dunia moden kini. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Maka, harus ada satu usaha yang berguna untuk merapatkan hubungan silaturaahim antara kaum itu.

 Antara usaha yang boleh dilakukan dalam untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka sesuai dengan slogan “Negara Bersih Rakyat Sihat”.

Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah kerja-kerja membersihkan kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan sebagainya. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing serta ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni.

Intihanya, semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga perpaduan masyarakat di negara kita. Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta memandang enteng akan perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan tindakan buruk padahnya. Kini, kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai.

SEBAB SEBAB AMALAN GOTONG ROYONG SEMAKIN PUDAR

SEBAB SEBAB AMALAN GOTONG ROYONG SEMAKIN PUDAR

  
          “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Itulah peribahasa Melayu yang seringkali diungkap oleh neenek moyang kita. Namun demikian, peribahasa ini seakan-akan sudah diluput dek zaman. Semangat gotong-royong yang diamalkan oleh nenek moyang kita semakin berkurangan dan tidak bermaya. Apakah punca-punca yang menyebabkan masyarakat sekarang meningglkan amalan tradisi ini?

           Sebelum menganalisis faktor-faktor yang mendorong masyarakat sekarang kurang mengamalkan semangat gotong-royong, mari kita mentakrifkan perkataan ‘gotong-royong’. Gotong-royong boleh ditakrifkan sebagai perbuatan tolong-menolong antara satu sama lain atau kerja bersama-sama. Semangat gotong-royong ini merupakan aktiviti masyarakat yang tinggi nilainya. Individu yang masih mengamalkan aktiviti ini sanggup mengorbankan dirinya demi masyarakat. Walaupun aktiviti itu mulia dari segi nilai, semangat gotong-royong ini agak berkurangan di dalam masyarakat sekarang Kenapa hal ini berlaku?


            Salah satu faktor yang menyebabkan masyarakat kita kurang mengamalakan gotong royong ialah kekurangan masa. Iaitu masa itu penting dalam kehidupan seharian. Ini kerana ramai  menghabiskan sebahagian besar dari masanya bekerja untuk mencari rezeki. Jika mereka tidak mengejar masa, mereka sendiri akan rugi. Ini kerana persaingan di semua negara amat sengit. Oleh kerana masyarakat kita mahu memetingkan masa, nilai gotong-royong yang selama ini menjadi kebanggaan mereka akan diabaikan. Ini kerana kegiatan bergotong-royong ini memerlukan banyak masa. Contohnya, membuat kuih secara beramai-ramai. Membuat kuih raya secara beramai-ramai ini mengambil masa yang banyak. Oleh itu, tidak ramai orang mengamalkan gotong-royong kerana kesempitan masa. Pada mereka, banyak lagi aktiviti-aktiviti lain berfaedah yang harus diamalkan dalam masa yang sempit.

   
          Selain daripada itu, bantuan teknologi juga mendorong masyarakat kita kurang mengamalkan gotong-royong. Dengan bantuan teknologi, setiap aktiviti atau pekerjaan boleh dilakukan secara ringkas dan mudah. Jika masyarakat dahulu menggunakan tenaga manusia untuk menebas hutan, kini mereka hanya memerlukan jentolak. Jika dahulu kita menggunakan khidmat kendarat untuk menghidangkan makanan di majlis perkahwinan, kini mereka menggunakan cara buffet.


        Selanjutnya, cara bekerja juga mendorong masyarakat kita kurang mangamalkan semangat gotong-royong. Kini masyarakat dipengarauhi oleh budaya kapitalisme. Budaya ini mementingkan kebendaan, bayaran dan ganjaran. Oleh itu, setiap pekerjaan yang dibuat haruslah diberi ganjaran. Nilai ini bertentangan dengan nialai gotong-royong. Nilai gotong-royong ini menggalakkan seseorang itu berkorban masa dan tenaga dengan tujuan membantu dan beramal. Namun demikian, masa dan keadaan tidak menggalakkan masyarakat untuk bergotong-royong.


       Seturusnya, persepsi hidup generasi muda juga mematikan semangat gotong-royong. Persepsi hidup generasi muda kini terpengaruh dengan budaya di sekolah yang mengmalakan meritokrasi. Mereka lebih gemar berdikari dan tidak suka menolong orang lain kerana persaingan. Ini secara tidak langsung mematikan semangat gotong-royong.


       Akhir sekali, jumlah masyarakat yang berkelompok semakin berkurangan. Ditambah pula dengan mayarakat yang hidup berjauhan dengan saudara-mara. Oleh itu, tidak mudah bagi mereka untuk mengamalkan aktiviti gotong-royong seperti kenduri dan majlis persandingan. Struktur perumahan juga sempit dan terhad. Ia tidak dapat menampung ramai orang untuk mengadakan kegiatan gotong-royong di dalam sesuatu masa yang singkat

ISU SEMASA

ISU SEMASA

Image result for ISU SEMASA GOTONG ROYONG PAPER CUTTING

Image result for ISU SEMASA GOTONG ROYONG PAPER CUTTING







KESIMPULAN

KESIMPULAN

            Kesimpulannya, aktiviti bergotong royong ini amat penting dan perlu dalam mengeratkan hubungan silaturrahim antara kaum. Lebih-lebih lagi serperti negara Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik yang hidup bersama sejak zaman dahulu kala lagi. Dengan terjalinnya hubungan silaturrahim yang kukuh ini, negara kita akan lebih aman, lebih mengambil berat antara satu sama lain dan perpaduan juga akan menjadi lebih kukuh.

            Saranan kami suapaya ibu bapa sewajarnya menanamkan amalan gotong-royong kepada anak-anak sejak di bangku sekolah lagi. Selain itu ibu bapa juga mestilah lebih mempamerkan teladan yang baik terhadap anak-anak mereka. Anggota keluarga juga perlu memainkan peranan menggalakkan anak-anak mendekatkan diri dengan aktiviti gotong-royong. Peranan guru pula disamping tugas hakiki mendidik anak bangsa, seharusnya sentiasa memberikan nasihat dan tunjuk ajar tentang kelebihan gotong-royong. Seterusnya, Kementerian Pelajaran melalui pihak sekolah mestilah memperbanyak aktiviti yang mendorong pelajar menjalankan aktiviti gotong-royong.

          Disamping itu, masyarakat sekeliling sentiasa perlu menyokong segala program yang diatur untuk tujuan tersebut di samping menjadi cerminan kepada golongan pelajar. Tidak ketinggalan juga peranan media massa amat penting untuk menyebarkan maklumat tentang kepentingan gotong-royong kepada golongan pelajar melalui kempen-kempen yang berkesan. Golongan pelajar juga perlu sedar betapa berfaedahnya amalan gotong-royong ini jika sentiasa diutamakan

          Akhir sekali, jelas dan teranglah matlamat pihak kerajaan yang selama ini mengadakan pelbagai aktiviti dan program-program bagi memupuk hubungan silaturrahim antara kaum. Terutamanya program-program bagi pelajar-pelajar yang masih di bangku sekolah lagi. Ini kerana amalan ini perlu disemai sejak dari awal lagi supaya kesannya akan cepat terlihat suatu hari kela.

LAMPIRAN

LAMPIRAN










RUJUKAN




    RUJUKAN     
              
  1. http:/anelyza.blogspot.my/2012/05/3-punca-remaja-kurang-melibatkan-diri.html  
  2. https://www.scribd.com/doc/28702029/karangan-kepentingan-gotong-royong 
  3. http://hasnanadip.blogspot.my/2015/01/tolong-menolong-taawun-menurut.html
  4. https://pergipagi.wordpress.com/2013/02/11/islam-bicara-soal-gotong-royong 
  5. ms.wikipedia.org/wiki/Gotong-royong_di_Malaysia